Jumaat, 6 November 2009

Anak-anak Kecil

Anak-anak kecil yg sedang meningkat Dewasa.......






Syukur Alhamdulillah.... Atas nikmatnya.....

Isnin, 12 Oktober 2009

Anak Arnab

Inilah Anak Arnab yang aku ada. 2 Ekor Ibu Sudah mendatangkan hasil kepada aku. reban baru telah pun ku bina untuk jangka masa mendatang.











sekarang aku cuma buat secara sambilan sahaja...... ada lah juga orang kampung yang datang nak beli. tapi aku tahan lah sikit-sikit..... tak der lah jual selalu.... agak-agak pusing makanan deme ni jerk.....

Rabu, 9 September 2009

Ternakan Arnab

Salam.....

Inilah ternakan arnab ku yang di beli di melaka....., aku beli semua sekali 12 ekor di 2 tempat di area melaka...... (Jenoh aku pusing kat melaka nak cari tempat jual arnab... akhirnya jumpa jua, dimana ada kemahuan, disitu lah tempat bertemu..... sabo je lah.....)

Baka Lop ini aku ada seekor jerk..... (memang akan dikacukkan lah jawapannya....)



yang ini baru lepas di mandikan..... sedang kesejukkan....
Pada 07/09/2009 arnab yang ku beli telah membuahkan hasil. Hasilnya sebanyak 6 ekor anak telah di lahirkan...... semakin bertambah ternakan arnab ku...... (syukur alhamdullilah)... tuhan memberiku rezeki.. Kegembiraan ku rasa apabila ternakan yang ku beli telah membuahkan hasilnya..Nanti aku updatekan gambar anak arnab tersebut.....
Aku bercadang untuk menambah seberapa yang boleh lagi bagi membiakkan ternakan arnab ini dan mendapatkan baka pedaging untuk di ternak. Serta menghasilkan ternakan arnab yang berkualiti serta berdaya tahan......
Buat masa ini belum ada cadangan untuk buat jualan ternakan arnab, Mungkin di jangka dalam awal tahun 2010 baru nak mula berjinak-jinak dalam jualan ternakan arnab pula....

Isnin, 7 September 2009

Pembuka Cerita

Salam ternak kepada semua penternak / petani....
Kini pihak kami sedang menyediakan prasarana ternakan arnab untuk diternak. Segalanya sedang dalam pembinaan. Jangkaan akan di update dari masa ke semasa.